Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said

Selamat melayari laman blog SMK Datuk Haji Ahmad Said



Tuesday, April 27, 2010


Lokasi Sekolah





Alamat Sekolah
SMK Datuk Haji Ahmad Said
Sungai Dua
13800 Butterworth

Sejarah Sekolah
Sebelum tahun 1985, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah di sekitar Butterworth, Kepala Batas dan Bukit Mertajam. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di kawasan Sungai Dua.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Dua (SMSD) mula dibuka pada 2 Januari 1985, dengan hanya 120 orang pelajar (66 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, 6 orang guru dan seorang penolong kanan serta Pengetua En Othman B. Bakar.
Pada tahun 1990, SMSD telah bertukar nama ke SMK Datuk Haji Ahmad Said (SMKDHAS) sempena nama seorang tokoh yang banyak berjasa di kawasan Sungai Dua

Wednesday, April 21, 2010

Visi dan Misi Sekolah

MISI SEKOLAH
Masyhur Gemilang 2010

MISI
  1. Mencapai prestasi akademik setanding sekolah premier.
  2. Meraih kejayaan gemilang dalam setiap aktiviti kokurikulum.
  3. Melahirkan pelajar bersahsiah mulia dan berketrampilan.
  4. Menjadi penanda aras sekolah berprasarana cemerlang.

Menjelang tahun 2010, SMKDHAS mempunyai misi untuk:

MASYHUR GEMILANG AKADEMIK

Mempunyai prestasi akademik setanding kejayaan sekolah-sekolah kawalan dan premier di kawasan PPD Utara melalui Program Peningkatan Prestasi Berkualiti dan Dinamik.

MASYHUR GEMILANG KOKURIKULUM

Mendapat kejayaan yang cemerlang dalam setiap pertandingan di peringkat negeri melalui penglibatan menyeluruh pelajar dan program persediaan yang intensif.

MASYHUR GEMILANG SAHSIAH

Menghasilkan pelajar-pelajar yang mendapat pengiktirafan budaya salahlaku sifar dan budi pekerti mulia di peringkat negeri dan kebangsaan melalui Program Qudwah Hasanah yang konsisten dan komprehensif.

MASYHUR GEMILANG PRASARANA

Menyediakan fizikal sekolah yang bersih, indah dan kondusif untuk pembudayaan ilmu dan menjadi model di peringkat kebangsaan melalui program peningkatan Keceriaan dan Kebersihan dan Kelas Bestari yang Inovatif